Jaga2 smokers, turn korang lepas ni mungkin dijangkiti covid-19
- Mar 26, 2020
- 1 min read
Updated: Mar 31, 2020
Memang semua orang tahu, rokok ni bahayakan kesihatan. Ramai yang bagi nasihat, pihak kerajaan, even dalam family sendiri pun mesti ada yg bising kalau ayah, abang, adik lelaki dia hisap rokok.
Sebab once korang merokok, orang di sekeliling pun dapat tempias, apatah lagi kalau ada baby dalam rumah. Lagi laaaa bahaya!
Tapi mesti ramai tak tahu yang covid-19 suka menyerang golongan perokok! Ha ini lagi bahaya. Dibuat pula covid-19 ni boleh dijangkiti melalui udara jeh.
Well makcik bawang tak cakap kosong sebab perkara ini telah disahkan oleh Badan Kesihatan Global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Kawalan Penyakit Kesatuan Eropah.
Basically, kalau korang dah terkena jangkitan covid-19, keadaan akan menjadi lebih worst dan korang akan mengalami komplikasi serius disebabkan tabiat merokok.
Jangan ambil ringan okay!
Menurut Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Nasional (NHMS) yang telah dijalankan pada tahun 2015 berkaitan dengan tabiat merokok, 22.8% (4,991,458) rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas merupakan perokok.
Jika wabak ini tidak dibendung, kita bakal menyaksikan peningkatan pada pesakit yang mengalami simptom teruk pada gelombang ketiga wabak Covid-19.
Scary kan!
Mesti korang tertanya kenapa rokok pula yang dijadikan punca?
Sebab risiko mereka untuk didiagnosis dengan jangkitan paru-paru (pneumonia) meningkat.
Ini juga akan menyebabkan keadaan kesihatan mereka mudah merosot sekiranya dijangkiti oleh Covid-19.
Selain daripada fungsi perlindungan mekanikal (pengeluaran kahak dan batuk), fungsi sistem imun semula jadi badan juga boleh terganggu menyebabkan perokok mudah mendapat jangkitan kuman.
So dah ready nak berhenti merokok ke bro kat luar tu?
sumber : hellodoktor.com





Comments