top of page

Nabi ni seru minum dettol hapuskan covid-19..akhirnya 59 orang mati!

  • Mar 26, 2020
  • 1 min read


Umum mengetahui bahawa wabak COVID-19 kini sedang mengganas di serata dunia sehingga menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.


Pihak kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang ampuh bagi mengekang penularan wabak ini selain memastikan rakyat selamat.


Pun begitu, masih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyukarkan lagi misi pembendungan COVID-19 ini. Terbaru, seorang ‘nabi’ di Afrika Selatan iaitu Rufus Phala telah menyuruh para pengikutnya supaya meminum pembersih Dettol sebagai langkah pencegahan kepada COVID-19 selain untuk menunjukkan kesetiaan kepadanya.


Menyedihkan kerana 59 individu telah pun dikhabarkan meninggal kerana tindakan ini selain 4 lagi kini berada dalam keadaan kritikal. Pengikut lain yang turut mengalami masalah kesihatan dijanjikan kesembuhan sekiranya mereka meminum cecair pembersih tersebut.


‘Nabi’ itu mendakwa bahawa dia menyuruh mereka meminum Dettol bukanlah untuk merosakkan tubuh mereka bahkan cecair itu akan bertindak sebagai pencegah kepada sebarang penyakit termasuklah COVID-19.


Saya tahu Dettol adalah membahayakan tetapi Tuhan telah mengarahkan saya untuk menggunakannya. Saya adalah orang pertama yang meminumnya.


Tambahnya lagi, ramai yang menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi Whatsapp dan mengatakan bahawa mereka sudah sembuh selepas meminum cecair itu.



Comments


Tinggalkan komen korang, makcik bawang mesti baca! 

Thanks for submitting!

© 2023 by Train of Thoughts. Proudly created with Wix.com

bottom of page